Bengkel Penggunaan Peralatan ICT di Kampung Penipah, Daro
1 Jun 2106 | Aktiviti TerkiniPada 31 Mei 2016, Pusat Internet Semop dengan kerjasama PI Daro dan PI Kg. Bandong telah mengadakan Bengkel Penggunaan Peralatan ICT, Taklimat Klik Dengan Bijak dan Asas Microsoft Word (Menaip Surat Rasmi) di Makmal Sekolah SK Kpg. Penipah, daro, Sarawak. Program ini telah dihadiri oleh 45 orang peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua Persatuan/ Pertubuhan, Ketua Kaum, Guru Besar dan penduduk kampung Penipah. Pihak Pusat Internet Semop telah dijemput oleh Guru Besar SK Kpg Penipah untuk memberi taklimat kepada penduduk kampung Penipah tentang kesedaran mengenai ICT di kawasan luar bandar.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memenuhi aktiviti Kampung Penipah sempena cuti sekolah. Pada hari tersebut, para peserta telah diberikan taklimat mengenai peranan Pusat Internet sebagai pusat sehenti masyarakat di samping memberi taklimat kepada peserta agar menggunakan kemudahan internet dengan cara yang yang selamat dan berwaspada. Selain itu, para peserta juga di ajar cara membuat Surat Rasmi dengan betul. Di akhir, para peserta diberi Bengkel mengenai Pertandingan MyKomuniti Kreatif yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Diharap dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat memahami tentang pentingnya aspek keselamatan semasa menggunakan internet dan cara-cara penggunaan peralatan ICT secara selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :